Thursday 2 June 2016

Pemasangan Karpet Pejabat dan Blinds Bujangga Engineering Sdn Bhd di Kajang



Assalamualaikum..


Satu lagi projek yang telah kami jalankan untuk kerja-kerja pemasangan blinds dan karpet pejabat terletak di Kajang. Terima kasih kepada klien kami, Bujangga Engineering Sdn Bhd kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada kami.


Tingkap sebelum dipasang blinds

Dah pon pasang blinds

Cahaya matahari yang masuk dapat diminimumkan















Tuan dan Puan yang berminat untuk mendapatkan servis dari kami, boleh whatsapp atau hubungi kami di 019-308 9512 atau juga email kami di mfhworks@gmail.com. 

InsyaAllah, kami akan berikan sebutharga yang terbaik bersesuaian dengan bajet Tuan dan Puan. Terima kasih.



MFH Works & Resources


Wednesday 1 June 2016

Pemasangan Karpet Pejabat dan Blinds di Amcorp Mall



Assalamualaikum..

Antara pengalaman yang kami kira peringkat hardcore kerana begitu mencabar minda kami semasa menjalankan kerja-kerja di sebuah pejabat bertempat di Amcorp Mall. Pejabat ini telah lama beroperasi dan mempunyai banyak fail yang tidak boleh dilupuskan menyebabkan kerja-kerja menanggalkan karpet lama dan gantikan dengan karpet baru dan juga pemasangan blinds agak sukar dilakukan.



Kami perlu jalankan kerja secara berperingkat kerana perlu mengalih dahulu fail-fail dan barangan pejabat. Kerja kami memakan masa hingga 5 hari kerana kami perlu mengikut tempoh waktu kerja yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran Amcorp Mall. Walaupun agak sukar, kami bersyukur kami dapat selesaikan amanah kami dengan sempurna. Alhamdulillah, kerja kami telah pun selesai dan terima kasih kepada klien kami yang berpuas hati dengan hasil kerja kami. 






Untuk pejabat yang mempunyai banyak barang dan telah lama beroperasi, kami akan berbincang dengan klien samaada pihak klien atau pihak kami akan mengalihkan barang-barang ini. Kami akan terangkan dalam sebutharga kadar upah yang berlainan untuk proses mengalihkan barang-barang kerana ia melibatkan kos masa terutamanya dan kos tenaga. Kebiasaannya, kami hanya mengambil masa sehari sahaja untuk pemasangan karpet pejabat jika dibandingkan dengan pejabat yang mempunyai banyak barang mungkin mengambil masa 3-5 hari.



Tuan dan Puan yang berminat untuk mendapatkan servis dari kami, boleh whatsapp atau hubungi kami di 

TEL:-019-308 9512 
Email: mfhworks@gmail.com. 
atau terus ke borng sebutharga kami di-

https://kerjapasangkarpet.blogspot.com/p/borang-sebut-harga.html


InsyaAllah, kami akan berikan sebutharga yang terbaik bersesuaian dengan bajet Tuan dan Puan. 
Terima kasih.

Tuesday 31 May 2016

Pemasangan Karpet Pejabat di Ostia, Bangi



Assalamualaikum..


Makin banyak bangunan-bangunan baru yang baru siap di kawasan Bandar Baru Bangi. Dan kawasan baru ini ada yang telah menjadi hot seperti Bangi Sentral kerana menjadi tumpuan butik-butik besar seperti Bella Ammara, CalaQisya, Minaz, HijriaHome dan banyak lagi. Dan kawasan yang terbaru yang tengah hot ialah di Ostia. Tak sangka kami berpeluang untuk pasang karpet dan blinds di Ostia ketika awal pembukaannya. 

Bangunan di Ostia ni ada banyak cermin yang memerlukan lebih banyak Blinds digunakan.






Bahagian belakang juga perlu dipasang blinds








Semuanya telah pun selesai. Selesai sahaja pemasangan, kami akan sapu atau vakum dahulu karpet dan pastikan karpet kami dalam keadaan bersih. Klien kami pon senang hati tengok karpet yang baru je dipasang bersih dan kemas je kan.

Tuan dan Puan yang berminat untuk mendapatkan servis dari kami, boleh whatsapp atau hubungi kami di 

TEL:-019-308 9512 
Email: mfhworks@gmail.com. 
atau terus ke borng sebutharga kami di-

https://kerjapasangkarpet.blogspot.com/p/borang-sebut-harga.html

InsyaAllah, kami akan berikan sebutharga yang terbaik bersesuaian dengan bajet Tuan dan Puan. 
Terima kasih.

                            MFH Works & Resources


Monday 30 May 2016

Pemasangan Karpet Masjid di Surau FRIM, Kepong



Assalamualaikum.


Alhamdulillah, kerja-kerja bekal dan pasang karpet untuk surau FRIM di Kepong telah kami selesaikan. Kami mulakan dengan lawat tapak dahulu kerana keadaan kiblat yang senget atau tidak selari dengan bangunan. Keadaan ini akan menyebabkan berlaku pertambahan karpet yang diperlukan dan tidak lagi mengikut keluasan ruang surau seperti biasa. 


Keadaan surau sebelum pasang karpet


Pemasangan Gripper terlebih dahulu jika melibatkan pemasangan underlay


In progress








Dah siap, kemaskan ?

Setelah melalui beberapa fasa perbincangan, akhirnya surau ini telah pon bertukar wajah. Bertambah seri, insyaAllah bertambah khusyuk solat jemaah yang menggunakan surau ini. InsyaAllah.


Tuan dan Puan yang berminat ingin mendapatkan servis kerja pasang karpet kami, boleh whatsapp atau hubungi kami di 019-308 9512 atau juga boleh email kami di mfhworks@gmail.com. InsyaAllah, kami akan bantu Tuan/ Puan untuk mendapatkan karpet yang seperti anda inginkan sesuai dalam range bajet. Terima kasih.



MFH Works & Resources



Upah Pasang Karpet Masjid Sahaja, Boleh Tak ?



Assalamualaikum..

Kami selalu menerima pertanyaan sebegini, "Surau/ Masjid kami dah ada karpet baru derma dari orang perseorangan, cuma kami nak upah pasang sahaja boleh tak ?"




Jawapan kami semestinya boleh. Kami juga sediakan servis pemasangan karpet sahaja. Berkaitan berapa upahnya adalah bergantung kepada ,






+ Lokasi pemasangan karpet
+ Keluasan karpet yang ingin dipasang



Setelah mengetahui maklumat ini, kami akan nyatakan pada Tuan dan Puan berapa kadar upah kami. InsyaAllah, hasil kerja kami sangat berbaloi dengan upah yang Tuan dan Puan sediakan. Kerja yang cekap, cepat dan hasil pemasangan yang cantik.




Tuan dan Puan yang berminat untuk mendapatkan servis kami, boleh whatsapp atau hubungi kami di 019-308 9512 atau juga email kami di mfhworks@gmail.com. Terima kasih.



MFH Works & Resources