Wednesday 25 November 2015

Karpet Tiles MW&PE Brand New



Karpet Tiles MW&PE yang baru diproduksi ini mampu memberikan kesan rileks dan segar. Biasanya karpet jenis ini sesuai dipasang di bilik mesyuarat, pejabat atau tempat study kerana mampu memberi kesan tenang dan mampu memberi daya fikir yang tinggi kepada mereka yang berada di kawasan karpet ini.





Contoh pilihan warna MW&PE ;














Untuk mendapatkan sebut harga, tuan-tuan dan puan-puan boleh mengisi Borang Sebut Harga kami atau terus hubungi kami,  019- 308 9512. 

Kami menawarkan khidmat yang pantas dan cekap untuk mengukur kawasan yang ingin dipasang karpet dan memberikan sebut harga terbaik buat anda !

Terima kasih kerana berminat dengan karpet kami.




MFH Works & Resources



Tuesday 24 November 2015

Karpet Tiles Avenue



Karpet ini memberi kesan 'penuh' dan bercorak apabila dipasang. Dengan 4 pilihan warna, pelanggan boleh memilih mana-mana corak dengan impak EKSKLUSIF setelah dipasang. 





Contoh tempat yang dipasang karpet Avenue ;







Dengan kesan 'Eksklusif' yang diberikan oleh karpet ini, ia sangat sesuai digunakan di bilik conference, bilik mesyurat, mahupun pejabat-pejabat mewah. Semestinya ia akan menaikkan lagi imej syarikat yang menggunakan karpet jenis ini.

Untuk mendapatkan sebut harga, tuan-tuan dan puan-puan boleh mengisi Borang Sebut Harga kami atau terus hubungi kami,  019- 308 9512. 

Kami menawarkan khidmat yang pantas dan cekap untuk mengukur kawasan yang ingin dipasang karpet dan memberikan sebut harga terbaik buat anda!

Terima kasih kerana berminat dengan karpet kami.




MFH Works & Resources


Monday 23 November 2015

Karpet Tiles Harmony



Karpet Tiles Harmony boleh dikategorikan sebagai karpet yang agak mewah dengan pattern dan gabungan warna. Didatangkan dengan 4 pilihan warna iaitu Orientel Red, Arctic Blue, Premium Black dan Wood Brown bakal menambat hati anda yang melihatnya



Contoh tempat yang dipasang karpet Harmony ;














Hubungi kami di, 019-308 9512 untuk sesi rundingan pilihan karpet yang sesuai dengan hasrat hati anda dan juga bajet anda. Jangan segan-segan hubungi kami!

Terima kasih kerana berminat dengan karpet kami.



MFH Works & Resources




Sunday 22 November 2015

Karpet Corak Magic Box



Karpet corak Magic Box merupakan karpet yang mampu memberikan kelainan dengan menimbulkan rasa penuh pada sesuatu ruang yang menggunakan karpet jenis ini. Didatangkan dengan 3 pilihan warna iaitu Perfect Brown, Metallic Cream dan Grey Stone.





Contoh penggunaan Karpet Vios ;




Untuk mendapatkan sebut harga, tuan-tuan dan puan-puan boleh mengisi Borang Sebut Harga kami atau terus hubungi kami,  019- 308 9512. 

Kami menawarkan khidmat yang pantas dan cekap untuk mengukur kawasan yang ingin dipasang karpet dan memberikan sebut harga terbaik buat anda !

Terima kasih kerana berminat dengan karpet kami.


' Feel The Uniqueness '



MFH Works & Resources

Saturday 21 November 2015

Proses Remove Entry Lama



Assalamualaikum semua.


InsyaAllah, kami sedang lakukan sedikit perubahan pada blog ini. Bagi memudahkan urusan Tuan,Puan, Saudara, Saudari bagi memilih karpet, kami akan update pada gambar dan juga karpet yang available sahaja. Entry lama kami tentang karpet-karpet yang telah dihentikan pengeluarannya akan kami remove secara berperingkat.

Terima kasih kerana sudi mengunjungi kami.


MFH Works & Resources

Friday 20 November 2015

Berapa Lama Tempoh Masa Pemasangan Karpet ?



Assalamualaikum.

Mungkin saudara, saudari, Tuan, Puan pernah terlintas berapa lama agaknya tempoh untuk siap pasang karpet ini. Maklumlah, senang untuk bajet masa dan bajet kerja-kerja kan. Kebiasaannya kami akan jawab 1 hingga 2 hari. Lamanya ? Bagi menjawab persoalan itu, jawapan kami ialah ia bergantung kepada 3 faktor utama.

Faktor yang pertama ialah bagaimana keadaan tempat yang nak dipasang karpet samaada senang atau sedikit sukar seperti banyak tiang, banyak perabot perlu alih, lantai berlubang-lubang, lantai kotor yang perlu kami sapu dahulu. Habuk atau lantai yang penuh debu menyebabkan karpet tidak melekat dengan baik dan cantik pada lantai.





Seterusnya, faktor kedua ialah keluasan karpet yang hendak dipasang. Makin besar, makin lama. Kalo pakai underlay contohnya, bertambah lagi masa yang diperlukan. Ditambah lagi dengan proses tanggal karpet lama, turut memakan masa. 



Dan yang akhir sekali ialah faktor ketiga, lokasi pemasangan. Faktor yang ini bergantung kepada keadaan jalan raya dan tak ketinggalan ruang untuk karpet dibawa turun dari lori. Ada sesetengah tempat, kawasannya tak boleh access oleh lori disebabkan jalan yang sempit, parking penuh kanan kiri dan ada juga masanya time itu jugak jalan ditutup. Maka, kami kena lah carik jalan supaya karpet ini dapat diturunkan berdekatan dengan tempat yang nak dipasang. Karpet ni Tuan Puan sekalian, makin tebal, makinlah berat untuk diangkat.


Jika semasa hari pemasangan, semua faktor ini tidak menjadi halangan dan berjalan lancar, kadang-kadang kami hanya perlukan 5 jam sahaja untuk pasang karpet pejabat berukuran 1000 kaki persegi.




Tuan dan Puan yang berminat ingin mendapatkan servis kerja pasang karpet kami, boleh whatsapp atau hubungi kami di 019-308 9512 atau juga boleh email kami di mfhworks@gmail.com. InsyaAllah, kami akan bantu Tuan/ Puan untuk mendapatkan karpet yang seperti anda inginkan sesuai dalam range bajet. Terima kasih.



MFH Works & Resources






Thursday 19 November 2015

Pemasangan Karpet Masjid Ayddin Untuk Surau di Ampang



Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang tidak putus-putus memberi kami peluang berjumpa dengan orang yang baik-baik. Kami berpeluang untuk membekal dan memasang karpet masjid Ayddin di surau yang bertempat di Ampang yang telah lebih 20 tahun digunakan oleh jemaah.

Sepanjang proses pemasangan, kami dilayan dengan sangat baik oleh AJK surau yang bertugas. Terima kasih para AJK Surau Ikhwaniah. Semoga karpet yang kami pasang ini akan membantu memberi keselesaan kepada para jemaah dalam menunaikan ibadah. Aminnn.

Gambar sekitar proses pemasangan karpet.



Karpet lama dibuang dan lantai dibersihkan

Lapisan yang berwarna hitam dinamakan Underlay, rahsia karpet terasa lembut dipijak 


Proses kemasan karpet


Alhamdulillah, siap.







Keseluruhan proses memakan masa 6 jam termasuk menanggalkan karpet lama, pasang underlay, pasang karpet dan kemasan karpet.

Anda yang berminat ingin mendapatkan servis kerja pasang karpet kami, boleh whatsapp atau hubungi kami di 019-308 9512 atau juga boleh email kami di mfhworks@gmail.com. InsyaAllah, kami akan bantu anda untuk mendapatkan karpet yang seperti anda inginkan dalam range bajet anda. Terima kasih.



MFH Works & Resources




Tuesday 17 November 2015

Kerja Pasang Karpet di Kajang



Assalamualaikum.

Siapa yang suka shopping online atau tidak berdekatan area Bangi dan Kajang pasti sudah tidak asing lagi dengan Butik Cattleya Couture yang terkenal dengan dress, jubah, shawl dan yang terbaru tunic yang cantik-cantik pastinya. 

Alhamdulillah, kami berpeluang bekerjasama dengan pihak Cattleya apabila mereka menambahkan lagi satu ofis mereka yang turut terletak di Kajang.







Proses pemasangan karpet ini agak cepat dan hanya memakan masa lebuh kurang 3 jam sahaja kerana pejabat ini masih baru dan belum ada perabot lagi. 

Anda yang berminat ingin mendapatkan servis kerja pasang karpet kami, boleh whatsapp atau hubungi kami di 019-308 9512 atau juga boleh email kami di mfhworks@gmail.com. InsyaAllah, kami akan bantu anda untuk mendapatkan karpet yang seperti anda inginkan sesuai dalam range bajet anda.



MFH Works & Resources



Monday 16 November 2015

Kerja Pasang Karpet di Taman Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras




Assalamualaikum.

Warna karpet pejabat yang menjadi pilihan klien kami ialah warna merah. Sangat mengujakan. Dinding merah, karpet merah. Warna yang sesuai untuk bagi staff feel excitement dalam menyiapkan tugasan masing-masing. Bos company ini sangat sporting, siap ada meja pingpong untuk staff relaks kan minda ketika penat atau mind blocking. Almaklumlah, company ini merupakan company yang menyediakan servis website. Dah tentu bila nature kerja mengadap komputer, staff perlu rehatkan minda untuk refresh.

Layan gambar-gambar semasa di site.


Ketibaan karpet dan underlay

Hamparkan karpet atas underlay


Proses untuk pastikan karpet tegang

Potong karpet yang berlebihan dan kemaskan


Ironkan karpet pada cantuman supaya tidak terbukak


Dah siap!


Dah siap !


Anda yang berminat ingin mendapatkan servis kerja pasang karpet kami, boleh whatsapp atau hubungi kami di 019-308 9512 atau juga boleh email kami di mfhworks@gmail.com. InsyaAllah, kami akan bantu anda untuk mendapatkan karpet yang seperti anda inginkan sesuai dalam range bajet anda.



MFH Works & Resources



Sunday 15 November 2015

Pemasangan Karpet Pejabat di Encorp Strand Garden Office, Kota Damansara



Assalamualaikum.

Pada bulan Oktober yang lepas, kami berpeluang untuk menjalankan pemasangan karpet di Encorp Strand Garden Office di Kota Damansara. Cantik dan mewah pejabat di Encorp Strand Garden Office ni. 


Sumber gambar dari Google

Karpet yang menjadi pilihan tuan punya syarikat ialah Cubito warna Dark Grey. Boleh klik sini untuk melihat pilihan Karpet Cubito.
























Alhamdulillah. Akhirnya dah siap. Terus nampak perbezaan office beliau. Terus nampak gah dan mewah sesuai dengan kawasan pejabat beliau.

Anda yang berminat ingin mendapatkan servis kerja pasang karpet kami, boleh whatsapp atau hubungi kami di 019-308 9512 atau juga boleh email kami di mfhworks@gmail.com. InsyaAllah, kami akan bantu anda untuk mendapatkan karpet yang seperti anda inginkan sesuai dalam range bajet anda.



MFH Works & Resources




Saturday 14 November 2015

Pemasangan Karpet Masjid di Senawang



Assalamualaikum.



Pemasangan untuk karpet Masjid Negara di surau yang terletak di Senawang ini merupakan infaq dari orang perseorangan. Alhamdulillah. Semoga Allah merahmati beliau dan murahkan rezeki beliau, insyaAllah.









Jika Tuan/Puan wakil jemaah surau/ masjid atau orang perseorangan yang ingin menukar karpet atau ingin memberi sumbangan pemasangan karpet baru untuk masjid atau surau, Tuan dan Puan boleh isi borang Sebut Harga atau emelkan sahaja pada kami di mfhworks@gmail.com. Kami akan respon dengan pertanyaan Tuan dan Puan dengan kadar segera. Kami juga boleh dihubungi di talian 019-308 9512 (faizal). Terima kasih.



MFH Works & Resources



Friday 13 November 2015

Pemasangan Karpet Masjid di Nilai



Assalamualaikum w.b.t


Sebelum masuk bulan Ramadhan yang lepas, kami telah dihubungi oleh orang perseorangan yang sangat baik hati ingin sedekahkan karpet kepada masjid yang selalu beliau solat. Bukan hanya karpet, beliau turut sedekahkan underlay bagi memastikan jemaah yang solat di masjid nanti merasai lebih khusyuk solat apabila dapat menggunakan karpet yang lembut. Alhamdulillah, kami telah tunaikan permintaan beliau. Semoga Allah merahmati dan murahkan rezeki beliau, aminnn.





Karpet yang menjadi pilihan beliau ialah Karpet Presidential. Karpet Presidential ialah karpet yang simple, tiada corak namun mempunyai kualiti yang bagus dari segi ketebalan dan juga kemasan benang.











Teringat kami kepada perkongsian oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman dalam Tanyalah Ustaz, TV9. Antara saham yang sangat menguntungkan untuk akhirat ialah, berebut-rebut untuk menginfaqkan kipas (aircond tentu lebih baik) dan karpet di masjid-masjid. Setiap kali kipas menyejukkan jemaah, setiap kali kaki jemaah memijak karpet, setiap kali itulah pahala orang yang menginfaqkan itu mengalir. Subhanallah. Allahuakbar.

Jika anda yang berminat ingin mendapatkan servis kerja pasang karpet kami, boleh whatsapp atau hubungi kami di 019-308 9512 atau juga boleh email kami di mfhworks@gmail.com. InsyaAllah, kami akan bantu anda untuk mendapatkan karpet yang seperti anda inginkan dalam range bajet anda.



MFH Works & Resources




Thursday 12 November 2015

Pemasangan Karpet Pejabat di Taman DwiTasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras



Assalamualaikum.

Hari ini kami akan kongsikan kerja pasang karpet kami di sebuah pejabat yang agak baru beroperasi di Bandar Sri Permaisuri, Cheras beberapa minggu yang lepas. Memandangkan pejabat ini mempunyai banyak partition, proses pemasangan agak memakan masa (dalam 8 jam) dan karpet yang diperlukan lebih sedikit dari keluasan sebenar.


Sebelum pemasangan 




Semasa pemasangan





Proses potong karpet mengikut keluasan kawasan



Proses kemasan karpet


Dah siap !









Suasana pejabat terus berubah bila dipasang karpet. Bertambah mood ceria pejabat. Lagi berkobar-kobar semangat staff untuk fokus bekerja. Ditambah pula bila pijak karpet, rasa lembut ja.

Anda yang berminat ingin mendapatkan servis kerja pasang karpet kami, boleh whatsapp atau hubungi kami di 019-308 9512 atau juga boleh email kami di mfhworks@gmail.com. InsyaAllah, kami akan bantu anda untuk mendapatkan karpet yang seperti anda inginkan dalam range bajet anda.



MFH Works & Resources