Monday 29 December 2014

Banjir besar di Kelantan, Terengganu dan Pahang 2014



Assalamualaikum.

Sekali lagi negara kita diuji dengan bah atau banjir besar yang berlaku di negeri Pantai Timur yang makin merebak ke Perlis, Kedah, Perak dan terbaru Johor. Banjir besar ini begitu mengejutkan kita semua rakyat Malaysia. Kami di MFH Works juga berasal dari Kelantan. Umpama dilanda tsunami keadaannya. yang membezakan hanya tempoh waktu dan saat genting yang ditempuhi. Jumlah mangsa banjir di Kelantan melebihi 100 000 orang. 

Dari hari pertama banjir yang bermula di Gua Musang dan Kuala Krai, penduduk langsung tidak menyangka banjr kali ini begitu berbeza. Lazimnya kami gembira dan menanti-nanti banjir. Banjir ibarat satu pesta keramaian untuk kami. Satu kampung akan keluar, ramai-ramai akan berjalan dalam air bersama keluarga mengelilingi kampung. 

Namun banjir kali ini, begitu menguji kami semua. Tidak dapat kami bayangkan keadaan mangsa yang berlari naik ke bukit, tidak dapat makan dan minum. Kekurangan bot, arus yang deras menyukarkan keadaan. Berhari-hari mereka kelaparan. Ujian Allah kali ni bukan hanya buat mangsa, malah menguji hati nurani manusia. Biarkan khabar buruk tentang golf dan sebagainya, misi kita untuk membantu mangsa-mangsa ini. Perjalanan misi ini panjang, kerana bukan hanya ketika banjir, malah pasca banjir yang mana lebih menguji untuk memulakan kembali sebuah penghidupan. 

Kredit gambar kepada FB Page The Red Warrior Malaysia dan Anak Jati Tanah Merah. Biarkan gambar yang berbicara.












Marilah kita sama-sama membantu mereka. Hari ini hari mereka, esok lusa kita pula pasti diuji. 


Coretan MFH Works dari bumi Kelantan.




Thursday 18 December 2014

Perkara Anda Wajib Tahu Sebelum Lantik Kontraktor Flooring



Assalamualaikum.

Hari ni kami ingin berkongsi tentang perkara yang anda WAJIB TAHU sebelum pilih kontraktor untuk buat flooring di kediaman ataupon di premis perniagaan anda, Kebanyakan pelanggan yang kami jumpa, agak blur untuk memilih karpet apa yang mereka inginkan, biasanya untuk premis perniagaan lalu main pilih sahaja asalkan pasang karpet dan dapat harga murah sangat.

AWAS !

Jarang yang tahu, tersalah pilih karpet boleh jadi kesilapan yang agak besar. Lagi parah, pelanggan mereka tidak selesa ketika berada di premis anda.

KESANNYA ?

1) Pelanggan tak suka masuk premis anda sebab premis anda nampak suram.
2) Pelanggan takut untuk serahkan job pada anda atau nak beli produk anda sebab nampak karpet anda senget sana sini, tidak kemas membayangkan kerja anda juga mungkin sama
3) Pelanggan tak suka masuk premis anda sebab ada BAU HAPAK ~
4) Pelanggan tak suka masuk premis anda sebab PENING KEPALA dengan keadaan dalam premis

Dengan kesan yang 4 ini sahaja sudah cukup untuk merudumkan bisnes anda. Glurppp ~

HABIS TU, NAK BUAT MACAMMANA?

Pastikan kontraktor yang anda lantik sebaiknya berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan seorang yang boleh memberi pandangan tentang karpet yang sesuai. Sebenarnya tentang pemilihan karpet, memerlukan perbincangan DUA HALA. Kontraktor memerlukan jawapan anda bagi membolehkan beliau memberi cadangan karpet yang paling sesuai untuk anda. InsyaAllah melalui perbincangan akan dapat hasilkan pemasangan karpet yang sesuai dan cantik =)


P/S - Pilihan karpet dan cara pemasangan turut melambangkan siapa anda. Macam nak tahu orang tu pembersih, biasanya (tak semestinya) orang akan tengok pada kaki. Betul ke betul ?


Ikhlas dari,
MFH Works & Resources