Monday 29 December 2014

Banjir besar di Kelantan, Terengganu dan Pahang 2014



Assalamualaikum.

Sekali lagi negara kita diuji dengan bah atau banjir besar yang berlaku di negeri Pantai Timur yang makin merebak ke Perlis, Kedah, Perak dan terbaru Johor. Banjir besar ini begitu mengejutkan kita semua rakyat Malaysia. Kami di MFH Works juga berasal dari Kelantan. Umpama dilanda tsunami keadaannya. yang membezakan hanya tempoh waktu dan saat genting yang ditempuhi. Jumlah mangsa banjir di Kelantan melebihi 100 000 orang. 

Dari hari pertama banjir yang bermula di Gua Musang dan Kuala Krai, penduduk langsung tidak menyangka banjr kali ini begitu berbeza. Lazimnya kami gembira dan menanti-nanti banjir. Banjir ibarat satu pesta keramaian untuk kami. Satu kampung akan keluar, ramai-ramai akan berjalan dalam air bersama keluarga mengelilingi kampung. 

Namun banjir kali ini, begitu menguji kami semua. Tidak dapat kami bayangkan keadaan mangsa yang berlari naik ke bukit, tidak dapat makan dan minum. Kekurangan bot, arus yang deras menyukarkan keadaan. Berhari-hari mereka kelaparan. Ujian Allah kali ni bukan hanya buat mangsa, malah menguji hati nurani manusia. Biarkan khabar buruk tentang golf dan sebagainya, misi kita untuk membantu mangsa-mangsa ini. Perjalanan misi ini panjang, kerana bukan hanya ketika banjir, malah pasca banjir yang mana lebih menguji untuk memulakan kembali sebuah penghidupan. 

Kredit gambar kepada FB Page The Red Warrior Malaysia dan Anak Jati Tanah Merah. Biarkan gambar yang berbicara.












Marilah kita sama-sama membantu mereka. Hari ini hari mereka, esok lusa kita pula pasti diuji. 


Coretan MFH Works dari bumi Kelantan.




Thursday 18 December 2014

Perkara Anda Wajib Tahu Sebelum Lantik Kontraktor Flooring



Assalamualaikum.

Hari ni kami ingin berkongsi tentang perkara yang anda WAJIB TAHU sebelum pilih kontraktor untuk buat flooring di kediaman ataupon di premis perniagaan anda, Kebanyakan pelanggan yang kami jumpa, agak blur untuk memilih karpet apa yang mereka inginkan, biasanya untuk premis perniagaan lalu main pilih sahaja asalkan pasang karpet dan dapat harga murah sangat.

AWAS !

Jarang yang tahu, tersalah pilih karpet boleh jadi kesilapan yang agak besar. Lagi parah, pelanggan mereka tidak selesa ketika berada di premis anda.

KESANNYA ?

1) Pelanggan tak suka masuk premis anda sebab premis anda nampak suram.
2) Pelanggan takut untuk serahkan job pada anda atau nak beli produk anda sebab nampak karpet anda senget sana sini, tidak kemas membayangkan kerja anda juga mungkin sama
3) Pelanggan tak suka masuk premis anda sebab ada BAU HAPAK ~
4) Pelanggan tak suka masuk premis anda sebab PENING KEPALA dengan keadaan dalam premis

Dengan kesan yang 4 ini sahaja sudah cukup untuk merudumkan bisnes anda. Glurppp ~

HABIS TU, NAK BUAT MACAMMANA?

Pastikan kontraktor yang anda lantik sebaiknya berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan seorang yang boleh memberi pandangan tentang karpet yang sesuai. Sebenarnya tentang pemilihan karpet, memerlukan perbincangan DUA HALA. Kontraktor memerlukan jawapan anda bagi membolehkan beliau memberi cadangan karpet yang paling sesuai untuk anda. InsyaAllah melalui perbincangan akan dapat hasilkan pemasangan karpet yang sesuai dan cantik =)


P/S - Pilihan karpet dan cara pemasangan turut melambangkan siapa anda. Macam nak tahu orang tu pembersih, biasanya (tak semestinya) orang akan tengok pada kaki. Betul ke betul ?


Ikhlas dari,
MFH Works & Resources





Tuesday 29 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014



Taqabbalallahu minna wa minkum ( Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu semua ) akan segala amalan dan ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan ini.

Beraya tu beraya jugak, ingatlah kita pada mereka yang menderita di Gaza dan keluarga yang kehilangan ahli keluarga dalam tragedi MH17 dan MH370. Bersederhanalah, jangan membazir dan jaga makan ye!



Selamat Hari Raya Aidilfitri..maaf zahir dan batin dari kami, MFH Works & Resources.



Monday 21 July 2014

#Pray4Gaza #Pray4MH17



Assalamualaikum.

Ramadhan perlahan-lahan meninggalkan kita, pejam celik dah selesai kita berpuasa 24 hari. Hanya tinggal beberapa hari untuk berhari raya, namun tahun ni kita mana mungkin kita sanggup untuk berhari raya seperti tahun-tahun lalu. Manakan tidak..Ramadhan ini kita dikejutkan lagi dengan serangan Israel ke atas Gaza sehingga peperangan kali ini dikenali sebagai kesinambungan dari Perang Badar yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. 

Sedang kita rakyat Malaysia rancak berusaha untuk menghantar bantuan ke sana, sekali lagi kita dikejutkan dengan tragedi MH17. Pesawat Boieng 777 milik MAS ditembak oleh entah siapa, kesemuanya sekali pergi meninggalkan kita. Dalam selang hanya beberapa bulan sahaja berlaku dua tragedi yang menyayat hati, MH370 dan terbaru MH17. 




Apa-apapun, kami di MFH Works & Resources mendoakan agar kita berjaya mendapat keadilan dengan keadaan dihimpit kuasa besar. Jangan juga dilupakan saudara seagama kita di Gaza yang teraniaya, moga Allah akan makbulkan doa kita semua di bulan Ramadhan yang mulia ini, aminnn...





Ikhlas dari,

MFH Works & Resources



Sunday 6 July 2014

..Selamat datang RAMADHAN



Assalamualaikum, terima kasih ye sudi menjengah ke blog kami.

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke-9 kita berpuasa. Pejam celik pejam celik dah pun 9 hari, terlalu cepat Ramadhan, bulan penuh rahmat ini berlalu. Janganlah kita sia-siakan keberkatan yang ada pada bulan yang tersangat istimewa ini. 

Credit to google


Sedikit perkongsian dari kami tentang istimewanya Ramadhan ini dalam Hadis Riwayat Al-Bukhari,

Rasulullah S.A.W. bersabda ;

" Apabila masuk sahaja Ramadhan, makan pintu-pintu Jannah pun dibuka, pintu-pintu Jahannam ditutup dan syaitan-syaitan pula dibelenggu "

Teringat akan tazkirah yang disampaikan oleh seorang Ustaz. Bulan Ramadhan adalah madrasah untuk mendidik jiwa kita menjadi orang yang lebih baik. Bulan ini tiada syaitan yang menghasut. Muhasabah diri, dimana sifat mazmumah yang telah berjaya syaitan latih selama 11 bulan, latih dengan bersungguh-sungguh dalam masa sebulan ini untuk betulkan sifat mazmumah tadi. Didik nafsu kita untuk tidak mendengar pada hasutan syaitan. Persiapkan diri kerana kita ada peperangan selama 11 bulan dengan syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan keturunan Adam a.s. 

Sempena Ramadhan juga, bukanlah bulan untuk pesta makanan. Cukupla ala kadar sahaja untuk berbuka dan bersahur, bulan ini kita perlu adakan pesta ibadah. 

Semoga Allah merahmati kita semua dengan kehidupan dan rezeki yang berkat, aminnnn =)



Ikhlas dari,

MFH Works & Resources


Thursday 26 June 2014

Kemasan Lantai Kayu - Vinyl Wood Flooring 3mm



Serikan kawasan anda, di rumah, pejabat, premis perniagaan atau mana sahaja, dengan menukar kemasan lantai sekarang kepada kemasan lantai kayu yang pastinya memberi kesan mewah, wow dan selesa dimana sahaja ia dipasang. 

Dengan ketebalan 3mm, ia didatangkan dengan 6 pilihan warna agak berbeza dari 2mm yang berupaya memberi impak yang berbeza. 

Kelebihan menggunakan vinyl wood flooring; 

1) Cantik, memberikan kesan mewah, elegan dan wow
2) Lantainya lembut, tak sakit kalau anak-anak terjatuh kerana vinyl wood menyerap hentakan. Kecenderungan kaca pecah pon berkurangan.
3) Tahan panas, tahan air, takde masalah kalau air tumpah yg menyebabkan kayu membengkak.
4) TAK DE MASALAH ANAI-ANAI !
5) Mudah untuk dijaga dan dibaiki jika ada masalah

















Untuk mendapatkan sebut harga, tuan-tuan dan puan-puan boleh mengisi Borang Sebut Harga kami atau terus hubungi kami,  019- 308 9512. 

Kami menawarkan khidmat yang pantas dan cekap untuk mengukur kawasan yang ingin dipasang dengan vinyl wood flooring dan memberikan sebut harga terbaik buat anda on the spot !

Terima kasih kerana berminat dengan perkhidmatan kami.


' Feel The Uniqueness '



MFH Works & Resources







Kemasan Lantai Kayu - Vinyl Wood Flooring 2mm



Serikan kawasan anda, di rumah, pejabat, premis perniagaan atau mana sahaja, dengan menukar kemasan lantai sekarang kepada kemasan lantai kayu yang pastinya memberi kesan mewah, wow dan selesa dimana sahaja ia dipasang. 

Dengan ketebalan 2mm, ia didatangkan dengan 6 pilihan warna yang berupaya memberi impak yang berbeza.

Kelebihan menggunakan vinyl wood flooring; 

1) Cantik, memberikan kesan mewah, elegan dan wow
2) Lantainya lembut, tak sakit kalau anak-anak terjatuh kerana vinyl wood menyerap hentakan. Kecenderungan kaca pecah pon berkurangan.
3) Tahan panas, tahan air, takde masalah kalau air tumpah yg menyebabkan kayu membengkak.
4) TAK DE MASALAH ANAI-ANAI !
5) Mudah untuk dijaga dan dibaiki jika ada masalah

















Untuk mendapatkan sebut harga, tuan-tuan dan puan-puan boleh mengisi Borang Sebut Harga kami atau terus hubungi kami,  019- 308 9512. 

Kami menawarkan khidmat yang pantas dan cekap untuk mengukur kawasan yang ingin dipasang dengan vinyl wood flooring dan memberikan sebut harga terbaik buat anda on the spot !

Terima kasih kerana berminat dengan perkhidmatan kami.


' Feel The Uniqueness '



MFH Works & Resources




Monday 23 June 2014

Alhamdulillah...first government project !



Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, tak sabar rasanya nak share berita baik dari MFH Works. Yup, projek pertama dari government. Kami tak malu untuk bercerita yang sememangnya kami masih mentah dalam industri ini, dengan berbekalkan kepakaran dan pengalaman staf kami, kami terus melangkah ke depan. 




Alhamdulillah, syukur. Doakan kami ye ! Terima kasih.


'Feel The Uniqueness'


MFH Works & Resources


Monday 16 June 2014

Karpet Corak Vios



Karpet corak Vios merupakan karpet yang mampu memberikan kelainan dengan menimbulkan rasa penuh pada sesuatu ruang yang menggunakan karpet jenis ini. Didatangkan dengan 6 pilihan warna iaitu Classic Beige, Evio Green, Speed Red, Auto Grey, Metallic Teal dan Stylish Blue.







Contoh penggunaan Karpet Vios ;




Untuk mendapatkan sebut harga, tuan-tuan dan puan-puan boleh mengisi Borang Sebut Harga kami atau terus hubungi kami,  019- 308 9512. 

Kami menawarkan khidmat yang pantas dan cekap untuk mengukur kawasan yang ingin dipasang karpet dan memberikan sebut harga terbaik buat anda on the spot !

Terima kasih kerana berminat dengan karpet kami.


' Feel The Uniqueness '



MFH Works & Resources

Sunday 15 June 2014

Ramadhan Bakal Tiba, Ada Masjid atau Surau Nak Tukar Karpet ?



Assalamualaikum..

Hehe..tajuk asyik panjang-panjang je kan..Ramadhan tinggal beberapa hari lagi, ada surau atau masjid nak pasang atau tukar karpet baru? Atau mungkin ada insan-insan yang bermurah hati yang ingin bersedekah dengan menukar karpet surau demi keselesaan para jemaah ketika solat tarawikh nanti.




Hubungi je kami di 019-308 9512 (faizal) untuk temujanji ataupun sebutharga.

Tapi..sempat lagi ke? Berapa hari je lagi ni...

Opsss...jangan risau ! Anda cepat bertindak, kami pon cepat pasang. =) 

Untuk pilihan karpet surau dan masjid, klik sini . Terima kasih. 




' Feel The Uniqueness '




MFH Works & Resources


Thursday 5 June 2014

Raya Oh Raya, Pasang Vinyl Wood Untuk Lantai Anda Sekarang !



Pejam celik pejam celik..dah nak raya lagi kan...baju raya dah siap, duit raya dah ada, apa lagi belum cukup ? Jika anda berada di ruang tamu, tengok kaki anda sekarang ! Nampak tak apa yang perlu lagi ? 

Lantai anda perlukan wajah baru..

Nak pasang vinyl wood untuk lantai anda ? Cepat hubungi kami, 019-308 9512 (faizal) untuk kemasan lantai anda. Pasti raya tahun ni lebih meriah ! Air tumpah dah tak melekit-lekit lagi kat lantai, tetamu datang beraya pon best je pijak lantai anda. 

Kelebihan menggunakan vinyl wood flooring ialah ;

1)  Cantik dipasang dimana saja, nampak gaya mewah
2) Lantainya lembut, tak sakit kalau anak-anak terjatuh kerana vinyl wood menyerap hentakan
3) Tahan panas dan tahan air, takde masalah air diserap dan kayu membengkak seterusnya rosak
4) Tidak ada MASALAH ANAI-ANAI !
5) Mudah untuk dijaga dan dibaiki jika ada masalah.


Pilihan warna dengan ketebalan 2 mm



Pilihan warna dengan ketebalan 3 mm


MERIAHKAN HARI RAYA ANDA TAHUN INI DENGAN KEMASAN LANTAI VINYL WOOD !!


' Feel The Uniqueness '


MFH Works & Resources





Pemasangan Blinds Pejabat



MFH Works & Resources menyediakan perkhidmatan membekal dan memasang pelbagai jenis blinds. 

Anda kebetulan memang nak pasang blinds tapi tak tahu nak hubungi siapa? Hubungi kami di 019-308 9512 dan kami akan memberikan harga yang terbaik untuk anda !










'Feel The Uniqueness'


MFH Works & Resources

Friday 30 May 2014

Berakhirnya PROMOSI GILA MURAH...



Alhamdulillah..sepanjang kami mengadakan PROMOSI GILA MURAH, sambutan yang diterima sangat PANAS ! Ke sana ke mari kami, dari Bangi ke Gombak, ke Subang, ke Shah Alam dan banyak lagi seluruh Selangor. Terima kasih kepada semua pelanggan kami yang menyokong perniagaan kami. 

Dengan perasaan yang bercampur baur, kami MFH Works mengumumkan berakhirnya PROMOSI GILA MURAH. Untuk bakal pelanggan yang berasa hampa dengan pengumuman kami, jangan risau..anda masih boleh hubungi kami dan mendapatkan harga dengan berbaloi-baloi serta sesuai dengan bajet anda.

Sekian dari kami MFH Works..jom tengok-tengok gambar.












Ingin mendapatkan perkhidmatan kami ? Terus je call kami di 019-308 9512 (faizal). 


'Feel The Uniqueness'


MFH Works & Resources



Saturday 10 May 2014

Sudi-sudikan Follow Kami =p



Assalamualaikum.

Tuan-tuan dan puan-puan yang kami hormati sekalian yang sudi mengunjungi blog kami, kami ingin mempelawa anda semua untuk sudi-sudikan like atau follow kami seperti berikut ;



www.facebook.com/pasangkarpetdanwallpaper




@tokeikarpet



Kerja Pasang Karpet & Wallpaper


Sambil follow kami, boleh la tengok aktiviti-aktiviti kami yang terbaru. Time ada promosi karpet ka..wallpaper ka...=p

Application la apa sekalipun, kami tetap boleh dihubungi di talian 019-308 9512. Senyum selalu =)


' Feel The Uniqueness '


MFH Works & Resources




Thursday 8 May 2014

PROMOSI KARPET OFFICE MURAH GILA SEMPENA PERASMIAN BLOG KAMI !!



Salam Jumaat dari kami tenaga kerja MFH Works & Resources.


Kami ingin membuat 
PENGUMUMAN PENTING !!

Sempena perasmian BLOG kerjapasangkarpet.blogspot.com, kami berbesar hati untuk mengumumkan PROMOSI KARPET OFFICE PADA HARGA GILA MURAH ! (klik sini)







Iya..gila murah. Hubungi kami untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA ini dengan SMS <PROMOSI> <KELUASAN jika ada> ke 019-308 9512. 

Promosi akan berakhir bila-bila masa sahaja. Kepada anda yang baru nak set up office, jangan lepaskan peluang keemasan ini !


' Feel The Uniqueness '


MFH Works & Resources

Tuesday 6 May 2014

Pasang Karpet Tangga



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Tuan-tuan dan puan-puan sekalian apa khabar ? Semoga semuanya sihat dan makin berjaya dalam kehidupan masing-masing, insyaAllah. Tuan-tuan dan puan-puan, kalau kita berkunjung ke office orang yang berada di tingkat 1 dan ke atas, apa yang membuatkan first impression kita WOW ??

Kebiasaannya tangga memberikan first impression kita pada office yang berada di Tingkat 1. Tangga yang bersih, kemas dan tambah-tambah lagi siap pasang karpet akan bagi good impression pada client yang datang berkunjung ke office kita. Kebarangkalian untuk client mendapatkan khidmat kita atau bekerjasama dengan kita tinggi =p


Nampak tak bezanya tangga office yang ada karpet dengan yang kosong ?


Mana-mana karpet pon boleh digunakan untuk tangga anda, semua bergantung pada bajet anda. Yang biasa mendapat permintaan untuk dipasang pada tangga ialah Karpet Needle Punch dan Karpet One Loop.

Anda berminat dengan perkhidmatan kami ?

Untuk mendapatkan sebut harga, tuan-tuan dan puan-puan boleh mengisi Borang Sebut Harga kami atau terus hubungi kami,  019- 308 9512. 

Kami menawarkan khidmat yang pantas dan cekap untuk mengukur kawasan yang ingin dipasang karpet dan memberikan sebut harga terbaik buat anda on the spot !

Terima kasih kerana berminat dengan karpet kami.



MFH Works & Resources



Tuesday 29 April 2014

Karpet Expo



Karpet yang memang khusus untuk sebarang expo, event dan exhibition. Mempunyai 20 pilihan warna yang menarik, pilih saja yang mana anda berkenan. Harga kami confirm terbaik !





Kod warna yang diinginkan boleh dirujuk pada nombor pada setiap warna karpet. 


Untuk mendapatkan sebut harga, tuan-tuan dan puan-puan boleh mengisi Borang Sebut Harga kami atau terus hubungi kami,  019- 308 9512. 

Kami menawarkan khidmat yang pantas dan cekap untuk mengukur kawasan yang ingin dipasang karpet dan memberikan sebut harga terbaik buat anda on the spot !

Terima kasih kerana berminat dengan karpet kami.



MFH Works & Resources



Karpet Tiles USA



Karpet Tiles USA, karpet tiles yang tidak menggunakan perbezaan warna yang ketara pada satu tiles, dan sedikit tone, menimbulkan rasa sedikit eksekutif . Mempunyai 5 pilihan warna yang bakal memukau mata anda.








Kod Warna ;

1) T09- 135   :   Chicago Blue
2) T09- 133   :   New York Grey
3) T09- 134   :   Lasvegas Beige
4) T09- 136   :   Miami Green
5) T09- 137   :   Hawaii Pink




Untuk mendapatkan sebut harga, tuan-tuan dan puan-puan boleh mengisi Borang Sebut Harga kami atau terus hubungi kami,  019- 308 9512. 

Kami menawarkan khidmat yang pantas dan cekap untuk mengukur kawasan yang ingin dipasang karpet dan memberikan sebut harga terbaik buat anda on the spot !

Terima kasih kerana berminat dengan karpet kami.



MFH Works & Resources