Showing posts with label pembekal karpet murah. Show all posts
Showing posts with label pembekal karpet murah. Show all posts

Sunday, 22 November 2015

Karpet Corak Magic Box



Karpet corak Magic Box merupakan karpet yang mampu memberikan kelainan dengan menimbulkan rasa penuh pada sesuatu ruang yang menggunakan karpet jenis ini. Didatangkan dengan 3 pilihan warna iaitu Perfect Brown, Metallic Cream dan Grey Stone.





Contoh penggunaan Karpet Vios ;




Untuk mendapatkan sebut harga, tuan-tuan dan puan-puan boleh mengisi Borang Sebut Harga kami atau terus hubungi kami,  019- 308 9512. 

Kami menawarkan khidmat yang pantas dan cekap untuk mengukur kawasan yang ingin dipasang karpet dan memberikan sebut harga terbaik buat anda !

Terima kasih kerana berminat dengan karpet kami.


' Feel The Uniqueness '



MFH Works & Resources

Saturday, 21 November 2015

Proses Remove Entry Lama



Assalamualaikum semua.


InsyaAllah, kami sedang lakukan sedikit perubahan pada blog ini. Bagi memudahkan urusan Tuan,Puan, Saudara, Saudari bagi memilih karpet, kami akan update pada gambar dan juga karpet yang available sahaja. Entry lama kami tentang karpet-karpet yang telah dihentikan pengeluarannya akan kami remove secara berperingkat.

Terima kasih kerana sudi mengunjungi kami.


MFH Works & Resources

Friday, 20 November 2015

Berapa Lama Tempoh Masa Pemasangan Karpet ?



Assalamualaikum.

Mungkin saudara, saudari, Tuan, Puan pernah terlintas berapa lama agaknya tempoh untuk siap pasang karpet ini. Maklumlah, senang untuk bajet masa dan bajet kerja-kerja kan. Kebiasaannya kami akan jawab 1 hingga 2 hari. Lamanya ? Bagi menjawab persoalan itu, jawapan kami ialah ia bergantung kepada 3 faktor utama.

Faktor yang pertama ialah bagaimana keadaan tempat yang nak dipasang karpet samaada senang atau sedikit sukar seperti banyak tiang, banyak perabot perlu alih, lantai berlubang-lubang, lantai kotor yang perlu kami sapu dahulu. Habuk atau lantai yang penuh debu menyebabkan karpet tidak melekat dengan baik dan cantik pada lantai.





Seterusnya, faktor kedua ialah keluasan karpet yang hendak dipasang. Makin besar, makin lama. Kalo pakai underlay contohnya, bertambah lagi masa yang diperlukan. Ditambah lagi dengan proses tanggal karpet lama, turut memakan masa. 



Dan yang akhir sekali ialah faktor ketiga, lokasi pemasangan. Faktor yang ini bergantung kepada keadaan jalan raya dan tak ketinggalan ruang untuk karpet dibawa turun dari lori. Ada sesetengah tempat, kawasannya tak boleh access oleh lori disebabkan jalan yang sempit, parking penuh kanan kiri dan ada juga masanya time itu jugak jalan ditutup. Maka, kami kena lah carik jalan supaya karpet ini dapat diturunkan berdekatan dengan tempat yang nak dipasang. Karpet ni Tuan Puan sekalian, makin tebal, makinlah berat untuk diangkat.


Jika semasa hari pemasangan, semua faktor ini tidak menjadi halangan dan berjalan lancar, kadang-kadang kami hanya perlukan 5 jam sahaja untuk pasang karpet pejabat berukuran 1000 kaki persegi.




Tuan dan Puan yang berminat ingin mendapatkan servis kerja pasang karpet kami, boleh whatsapp atau hubungi kami di 019-308 9512 atau juga boleh email kami di mfhworks@gmail.com. InsyaAllah, kami akan bantu Tuan/ Puan untuk mendapatkan karpet yang seperti anda inginkan sesuai dalam range bajet. Terima kasih.



MFH Works & Resources






Thursday, 19 November 2015

Pemasangan Karpet Masjid Ayddin Untuk Surau di Ampang



Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang tidak putus-putus memberi kami peluang berjumpa dengan orang yang baik-baik. Kami berpeluang untuk membekal dan memasang karpet masjid Ayddin di surau yang bertempat di Ampang yang telah lebih 20 tahun digunakan oleh jemaah.

Sepanjang proses pemasangan, kami dilayan dengan sangat baik oleh AJK surau yang bertugas. Terima kasih para AJK Surau Ikhwaniah. Semoga karpet yang kami pasang ini akan membantu memberi keselesaan kepada para jemaah dalam menunaikan ibadah. Aminnn.

Gambar sekitar proses pemasangan karpet.



Karpet lama dibuang dan lantai dibersihkan

Lapisan yang berwarna hitam dinamakan Underlay, rahsia karpet terasa lembut dipijak 


Proses kemasan karpet


Alhamdulillah, siap.







Keseluruhan proses memakan masa 6 jam termasuk menanggalkan karpet lama, pasang underlay, pasang karpet dan kemasan karpet.

Anda yang berminat ingin mendapatkan servis kerja pasang karpet kami, boleh whatsapp atau hubungi kami di 019-308 9512 atau juga boleh email kami di mfhworks@gmail.com. InsyaAllah, kami akan bantu anda untuk mendapatkan karpet yang seperti anda inginkan dalam range bajet anda. Terima kasih.



MFH Works & Resources




Thursday, 5 March 2015

Pemasangan Karpet Tangga Rumah dan Pejabat




Assalamualaikum.


Alhamdulillah, kami berterima kasih kepada pelanggan yang mempercayai kami untuk pemasangan karpet tangga rumah dan pejabat. Antara pemasangan yang telah kami lakukan ;










Karpet Pejabat Kod P01 One Loop selalu menjadi pilihan pelanggan untuk dipasang di tangga. Pelanggan memilih untuk memasang karpet di tangga rumah atau kediaman demi faktor keselamatan anak kecil biasanya. 

Pemasangan karpet tangga pejabat pula untuk kebiasaan kerana keselesaan client yang datang ke pejabat dan juga faktor first impression client pada syarikat.

Untuk pemasangan karpet tangga rumah @ kediaman dan juga pejabat, Tuan dan Puan boleh isi borang Sebut Harga atau emelkan sahaja pada kami di mfhworks@gmail.com. Kami akan respon dengan pertanyaan Tuan dan Puan dengan kadar segera. Kami juga boleh dihubungi di talian 019-308 9512 (faizal). Terima kasih.



MFH Works & Resources






Monday, 23 June 2014

Alhamdulillah...first government project !



Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, tak sabar rasanya nak share berita baik dari MFH Works. Yup, projek pertama dari government. Kami tak malu untuk bercerita yang sememangnya kami masih mentah dalam industri ini, dengan berbekalkan kepakaran dan pengalaman staf kami, kami terus melangkah ke depan. 




Alhamdulillah, syukur. Doakan kami ye ! Terima kasih.


'Feel The Uniqueness'


MFH Works & Resources


Tuesday, 29 April 2014

Karpet Tiles USA



Karpet Tiles USA, karpet tiles yang tidak menggunakan perbezaan warna yang ketara pada satu tiles, dan sedikit tone, menimbulkan rasa sedikit eksekutif . Mempunyai 5 pilihan warna yang bakal memukau mata anda.








Kod Warna ;

1) T09- 135   :   Chicago Blue
2) T09- 133   :   New York Grey
3) T09- 134   :   Lasvegas Beige
4) T09- 136   :   Miami Green
5) T09- 137   :   Hawaii Pink




Untuk mendapatkan sebut harga, tuan-tuan dan puan-puan boleh mengisi Borang Sebut Harga kami atau terus hubungi kami,  019- 308 9512. 

Kami menawarkan khidmat yang pantas dan cekap untuk mengukur kawasan yang ingin dipasang karpet dan memberikan sebut harga terbaik buat anda on the spot !

Terima kasih kerana berminat dengan karpet kami.



MFH Works & Resources