Tuesday 29 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014



Taqabbalallahu minna wa minkum ( Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu semua ) akan segala amalan dan ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan ini.

Beraya tu beraya jugak, ingatlah kita pada mereka yang menderita di Gaza dan keluarga yang kehilangan ahli keluarga dalam tragedi MH17 dan MH370. Bersederhanalah, jangan membazir dan jaga makan ye!



Selamat Hari Raya Aidilfitri..maaf zahir dan batin dari kami, MFH Works & Resources.



Monday 21 July 2014

#Pray4Gaza #Pray4MH17



Assalamualaikum.

Ramadhan perlahan-lahan meninggalkan kita, pejam celik dah selesai kita berpuasa 24 hari. Hanya tinggal beberapa hari untuk berhari raya, namun tahun ni kita mana mungkin kita sanggup untuk berhari raya seperti tahun-tahun lalu. Manakan tidak..Ramadhan ini kita dikejutkan lagi dengan serangan Israel ke atas Gaza sehingga peperangan kali ini dikenali sebagai kesinambungan dari Perang Badar yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. 

Sedang kita rakyat Malaysia rancak berusaha untuk menghantar bantuan ke sana, sekali lagi kita dikejutkan dengan tragedi MH17. Pesawat Boieng 777 milik MAS ditembak oleh entah siapa, kesemuanya sekali pergi meninggalkan kita. Dalam selang hanya beberapa bulan sahaja berlaku dua tragedi yang menyayat hati, MH370 dan terbaru MH17. 




Apa-apapun, kami di MFH Works & Resources mendoakan agar kita berjaya mendapat keadilan dengan keadaan dihimpit kuasa besar. Jangan juga dilupakan saudara seagama kita di Gaza yang teraniaya, moga Allah akan makbulkan doa kita semua di bulan Ramadhan yang mulia ini, aminnn...





Ikhlas dari,

MFH Works & Resources



Sunday 6 July 2014

..Selamat datang RAMADHAN



Assalamualaikum, terima kasih ye sudi menjengah ke blog kami.

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke-9 kita berpuasa. Pejam celik pejam celik dah pun 9 hari, terlalu cepat Ramadhan, bulan penuh rahmat ini berlalu. Janganlah kita sia-siakan keberkatan yang ada pada bulan yang tersangat istimewa ini. 

Credit to google


Sedikit perkongsian dari kami tentang istimewanya Ramadhan ini dalam Hadis Riwayat Al-Bukhari,

Rasulullah S.A.W. bersabda ;

" Apabila masuk sahaja Ramadhan, makan pintu-pintu Jannah pun dibuka, pintu-pintu Jahannam ditutup dan syaitan-syaitan pula dibelenggu "

Teringat akan tazkirah yang disampaikan oleh seorang Ustaz. Bulan Ramadhan adalah madrasah untuk mendidik jiwa kita menjadi orang yang lebih baik. Bulan ini tiada syaitan yang menghasut. Muhasabah diri, dimana sifat mazmumah yang telah berjaya syaitan latih selama 11 bulan, latih dengan bersungguh-sungguh dalam masa sebulan ini untuk betulkan sifat mazmumah tadi. Didik nafsu kita untuk tidak mendengar pada hasutan syaitan. Persiapkan diri kerana kita ada peperangan selama 11 bulan dengan syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan keturunan Adam a.s. 

Sempena Ramadhan juga, bukanlah bulan untuk pesta makanan. Cukupla ala kadar sahaja untuk berbuka dan bersahur, bulan ini kita perlu adakan pesta ibadah. 

Semoga Allah merahmati kita semua dengan kehidupan dan rezeki yang berkat, aminnnn =)



Ikhlas dari,

MFH Works & Resources