Monday 15 June 2015

Sebut Harga Yang Berkualiti



Assalamualaikum.

Semoga hari ini menjadi hari yang lebih baik dari semalam dan sebelumnya. InsyaAllah.


Sumber Dari Google


Hari ini kami ingin berkongsi tentang penyediaan sebut harga yang berkualiti. Point disini ialah kualiti dan sebut harga. Maksud kualiti bagi kami ialah memenuhi keperluan pelanggan. Yang membawa maksud sebut harga yang dikeluarkan atau diberikan kepada pelanggan ialah sebut harga yang bertepatan dengan apa yang diperlukan oleh pelanggan.

Dalam proses memenuhi keperluan pelanggan, kami memerlukan beberapa info penting. Info-info ini membantu kami supaya sebut harga yang kami keluarkan dapat membantu pelanggan kami membuat keputusan.

Sebagai contoh, info tambahan yang kami perlukan jenis karpet samaada bercorak atau plain, untuk tujuan apa, arah kiblat bagi masjid dan surau, bajet untuk proses pemasangan karpet dan lokasi pemasangan. Apabila kami ada info-info ini, kami dapat cadangkan beberapa jenis karpet yang paling sesuai mengikut keperluan dan kehendak pelanggan seterusnya dapat membantu pelanggan untuk membuat pilihan.


Sumber Dari Google


Lain pelanggan, lain permintaan, lain keperluan dan lain kehendaknya. Tujuan kami untuk membantu pelanggan kami membuat keputusan. Kerana kami di MFH Works hanya ingin berikan yang terbaik kepada pelanggan kami. Our main focus, CUSTOMER SATISFACTION.




MFH Works & Resources


Wednesday 3 June 2015

Pemasangan Karpet Masjid di Jelebu



Assalamualaikum.


Segala puji bagi Allah yang masih memberikan kita ruang dan peluang setiap hari untuk menjadi orang yang lebih baik. Alhamdulillah, kami baru sahaja selesai menjalankan pemasangan karpet di sebuah masjid di Jelebu.

Pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke masjid ini membuatkan kami rasa sayu di hati. Usia masjid ini mencecah hampir 40 tahun. Rekaan masjid ini menampakkan hasil seni orang lama. Indah terasa berada di masjid dan kampung ini. Orang kampung baik-baik, ramah semuanya. Terima kasih orang kampung Jelebu ! Kami pasti rindu nak ke sana lagi.

















Jika Tuan/Puan wakil jemaah surau/ masjid ingin menukar karpet atau ingin memberi sumbangan pemasangan karpet baru sebelum Ramadhan menjelma terutamanya, Tuan dan Puan boleh isi borang Sebut Harga atau emelkan sahaja pada kami di mfhworks@gmail.com. Kami akan respon dengan pertanyaan Tuan dan Puan dengan kadar segera. Kami juga boleh dihubungi di talian 019-308 9512 (faizal). Terima kasih.



MFH Works & Resources