Monday, 29 December 2014

Banjir besar di Kelantan, Terengganu dan Pahang 2014



Assalamualaikum.

Sekali lagi negara kita diuji dengan bah atau banjir besar yang berlaku di negeri Pantai Timur yang makin merebak ke Perlis, Kedah, Perak dan terbaru Johor. Banjir besar ini begitu mengejutkan kita semua rakyat Malaysia. Kami di MFH Works juga berasal dari Kelantan. Umpama dilanda tsunami keadaannya. yang membezakan hanya tempoh waktu dan saat genting yang ditempuhi. Jumlah mangsa banjir di Kelantan melebihi 100 000 orang. 

Dari hari pertama banjir yang bermula di Gua Musang dan Kuala Krai, penduduk langsung tidak menyangka banjr kali ini begitu berbeza. Lazimnya kami gembira dan menanti-nanti banjir. Banjir ibarat satu pesta keramaian untuk kami. Satu kampung akan keluar, ramai-ramai akan berjalan dalam air bersama keluarga mengelilingi kampung. 

Namun banjir kali ini, begitu menguji kami semua. Tidak dapat kami bayangkan keadaan mangsa yang berlari naik ke bukit, tidak dapat makan dan minum. Kekurangan bot, arus yang deras menyukarkan keadaan. Berhari-hari mereka kelaparan. Ujian Allah kali ni bukan hanya buat mangsa, malah menguji hati nurani manusia. Biarkan khabar buruk tentang golf dan sebagainya, misi kita untuk membantu mangsa-mangsa ini. Perjalanan misi ini panjang, kerana bukan hanya ketika banjir, malah pasca banjir yang mana lebih menguji untuk memulakan kembali sebuah penghidupan. 

Kredit gambar kepada FB Page The Red Warrior Malaysia dan Anak Jati Tanah Merah. Biarkan gambar yang berbicara.












Marilah kita sama-sama membantu mereka. Hari ini hari mereka, esok lusa kita pula pasti diuji. 


Coretan MFH Works dari bumi Kelantan.




No comments:

Post a Comment