Assalamualaikum.
Semoga hari ini menjadi hari yang lebih baik dari semalam dan sebelumnya. InsyaAllah.
Sumber Dari Google |
Hari ini kami ingin berkongsi tentang penyediaan sebut harga yang berkualiti. Point disini ialah kualiti dan sebut harga. Maksud kualiti bagi kami ialah memenuhi keperluan pelanggan. Yang membawa maksud sebut harga yang dikeluarkan atau diberikan kepada pelanggan ialah sebut harga yang bertepatan dengan apa yang diperlukan oleh pelanggan.
Dalam proses memenuhi keperluan pelanggan, kami memerlukan beberapa info penting. Info-info ini membantu kami supaya sebut harga yang kami keluarkan dapat membantu pelanggan kami membuat keputusan.
Sebagai contoh, info tambahan yang kami perlukan jenis karpet samaada bercorak atau plain, untuk tujuan apa, arah kiblat bagi masjid dan surau, bajet untuk proses pemasangan karpet dan lokasi pemasangan. Apabila kami ada info-info ini, kami dapat cadangkan beberapa jenis karpet yang paling sesuai mengikut keperluan dan kehendak pelanggan seterusnya dapat membantu pelanggan untuk membuat pilihan.
Sumber Dari Google |
Lain pelanggan, lain permintaan, lain keperluan dan lain kehendaknya. Tujuan kami untuk membantu pelanggan kami membuat keputusan. Kerana kami di MFH Works hanya ingin berikan yang terbaik kepada pelanggan kami. Our main focus, CUSTOMER SATISFACTION.
MFH Works & Resources
No comments:
Post a Comment