Friday 20 November 2015

Berapa Lama Tempoh Masa Pemasangan Karpet ?



Assalamualaikum.

Mungkin saudara, saudari, Tuan, Puan pernah terlintas berapa lama agaknya tempoh untuk siap pasang karpet ini. Maklumlah, senang untuk bajet masa dan bajet kerja-kerja kan. Kebiasaannya kami akan jawab 1 hingga 2 hari. Lamanya ? Bagi menjawab persoalan itu, jawapan kami ialah ia bergantung kepada 3 faktor utama.

Faktor yang pertama ialah bagaimana keadaan tempat yang nak dipasang karpet samaada senang atau sedikit sukar seperti banyak tiang, banyak perabot perlu alih, lantai berlubang-lubang, lantai kotor yang perlu kami sapu dahulu. Habuk atau lantai yang penuh debu menyebabkan karpet tidak melekat dengan baik dan cantik pada lantai.





Seterusnya, faktor kedua ialah keluasan karpet yang hendak dipasang. Makin besar, makin lama. Kalo pakai underlay contohnya, bertambah lagi masa yang diperlukan. Ditambah lagi dengan proses tanggal karpet lama, turut memakan masa. 



Dan yang akhir sekali ialah faktor ketiga, lokasi pemasangan. Faktor yang ini bergantung kepada keadaan jalan raya dan tak ketinggalan ruang untuk karpet dibawa turun dari lori. Ada sesetengah tempat, kawasannya tak boleh access oleh lori disebabkan jalan yang sempit, parking penuh kanan kiri dan ada juga masanya time itu jugak jalan ditutup. Maka, kami kena lah carik jalan supaya karpet ini dapat diturunkan berdekatan dengan tempat yang nak dipasang. Karpet ni Tuan Puan sekalian, makin tebal, makinlah berat untuk diangkat.


Jika semasa hari pemasangan, semua faktor ini tidak menjadi halangan dan berjalan lancar, kadang-kadang kami hanya perlukan 5 jam sahaja untuk pasang karpet pejabat berukuran 1000 kaki persegi.




Tuan dan Puan yang berminat ingin mendapatkan servis kerja pasang karpet kami, boleh whatsapp atau hubungi kami di 019-308 9512 atau juga boleh email kami di mfhworks@gmail.com. InsyaAllah, kami akan bantu Tuan/ Puan untuk mendapatkan karpet yang seperti anda inginkan sesuai dalam range bajet. Terima kasih.



MFH Works & Resources






No comments:

Post a Comment