Friday 13 November 2015

Pemasangan Karpet Masjid di Nilai



Assalamualaikum w.b.t


Sebelum masuk bulan Ramadhan yang lepas, kami telah dihubungi oleh orang perseorangan yang sangat baik hati ingin sedekahkan karpet kepada masjid yang selalu beliau solat. Bukan hanya karpet, beliau turut sedekahkan underlay bagi memastikan jemaah yang solat di masjid nanti merasai lebih khusyuk solat apabila dapat menggunakan karpet yang lembut. Alhamdulillah, kami telah tunaikan permintaan beliau. Semoga Allah merahmati dan murahkan rezeki beliau, aminnn.





Karpet yang menjadi pilihan beliau ialah Karpet Presidential. Karpet Presidential ialah karpet yang simple, tiada corak namun mempunyai kualiti yang bagus dari segi ketebalan dan juga kemasan benang.











Teringat kami kepada perkongsian oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman dalam Tanyalah Ustaz, TV9. Antara saham yang sangat menguntungkan untuk akhirat ialah, berebut-rebut untuk menginfaqkan kipas (aircond tentu lebih baik) dan karpet di masjid-masjid. Setiap kali kipas menyejukkan jemaah, setiap kali kaki jemaah memijak karpet, setiap kali itulah pahala orang yang menginfaqkan itu mengalir. Subhanallah. Allahuakbar.

Jika anda yang berminat ingin mendapatkan servis kerja pasang karpet kami, boleh whatsapp atau hubungi kami di 019-308 9512 atau juga boleh email kami di mfhworks@gmail.com. InsyaAllah, kami akan bantu anda untuk mendapatkan karpet yang seperti anda inginkan dalam range bajet anda.



MFH Works & Resources




No comments:

Post a Comment